TAJUK :
Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Padang Siding, Perlis
DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH :
Nor Azila binti Ahmad
No. Matrik: 2010893496
Kumpulan : ASD2En
PROGRAM:
Diploma Sains
TARIKH HANTAR:
23 Februari 2011
ISI KANDUNGAN
BILANGAN | TAJUK |
1 | Abstrak |
2 | Pendahuluan |
3 | Konsep |
4 | Sejarah Penubuhan Masjid |
5 | Senarai Ahli Jawatankuasa Masjid |
6 | Senarai Pemeriksa Kira – Kira |
7 | Senarai Imam Dan Bilal |
8 | Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Siding |
9 | Peranan Masjid |
10 | Aktiviti – Aktiviti Yang Dijalankan Di Masjid |
11 | Kemudahan Yang Disediakan Di Masjid |
12 | Kedudukan Masjid |
13 | Landskap Di Sekitar Masjid |
14 | Masalah Dan Penyelesaian |
15 | Harapan |
16 | Penutup |
17 | Rujukan |
ABSTRAK
Masjid merupakan tempat yang dianggap mulia di sisi Allah. Antara fungsi utama masjid ialah menjadi tempat umat Islam untuk beribadah kepada Allah terutamanya untuk mendirikan solat fardhu, solat jumaat, solat jenazah dan juga solat-solat sunat yang lain. Selain itu masjid juga menjadi tempat untuk menyebarkan ilmu – ilmu Islam dan ilmu – ilmu yang bermanfaat. Antara fungsi masjid yang lain adalah menjadi pusat penyebaran dakwah, medan pertemuan sosial masyarakat setempat dan juga menjadi tempat perbincangan berkenaan dengan perkara- perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan tugasan CTU151 dengan jayanya. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Ustaz Abd Aziz Harjin kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Malah, saya juga ingin berterima kasih kepada semua rakan- rakan, ibu bapa, saudara- mara dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya telah memilih untuk mengkaji tentang sejarah penubuhan dan kegiatan masjid Padang Siding. Terdapat banyak fungsi, kemudahan, dan keistimewaan masjid di kampung saya. Sebagaimana yang kita semua ketahui fungsi utama masjid ialah sebagai tempat umat Islam beribadat kepada Allah. Selain itu terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya tandas, tempat berwudhuk, garaj, dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, masjid memainkan peranan yang sangat penting untuk pembentukan umat yang bersatu padu kerana masjid merupakan tempat berkumpulnya semua umat islam. Bahkan, masjid juga sangat penting dalam aktiviti penyampaian ilmu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
KONSEP
Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat tiga kali.
Kata masjid sendiri berakar dari bahasa Aram. Kata masgid (m-s-g-d) ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke 5 Sebelum Masehi. Kata masgid (m-s-g-d) ini bererti “tiang suci” atau “tempat sembahan”.
Kata masjid dalam bahasa Inggeris disebut mosque. Kata mosque ini berasal dari kata mezquita dalam bahasa Spanyol. Sebelum itu, masjid juga disebut “Moseak”, “muskey” , “moscey” , dan “mos’key”. Diduga kata-kata ini mengandungi nada yang melecehkan. Contohnya pada kata mezquita yang diduga berasal dari kata mosquito. Tapi, kata mosque kemudian menjadi popular dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara luas. Masjid merupakan tempat ibadat bagi umat Islam. Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah.
SEJARAH PENUBUHAN MASJID
Setiap masjid pasti mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Masjid di kampung saya dikenali sebagai Masjid Padang Siding. Nama masjid ini diberikan sempena nama kampung saya sendiri yang bernama Kampung Padang Siding.
Selain itu, melalui perbualan saya dengan salah seorang ahli jawatankuasa masjid ini, tanah di mana tempat masjid ini didirikan merupakan tanah yang telah diwakafkan untuk tujuan pembinaan masjid. Semua penduduk kampung sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang telah bermurah hati mewakafkan tanah tersebut. Kos pembinaan masjid tidak diketahui secara terperinci memandangkan pembiayaan untuk membina masjid tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada peringkat awal pembinaan masjid ini, saiznya agak kecil. Namun, sekitar pertengahan tahun 1990 –an, masjid ini telah dibesarkan hasil permohonan penduduk kampung yang semakin ramai kepada kerajaan negeri. Kini, masjid Padang Siding dapat memuatkan kira-kira 150 – 200 orang pada satu – satu masa.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASJID PADANG SIDING
1. En. Ramli bin Ariffin
2. Haji Hashim bin Yaakob
3. En. Hassan bin Bakar
4. Haji Don bin Ismail
5. Haji Amar @ Man bin Musa
6. En. Abu Hassan bin Othman
7. En. Wan Ismail bin Wan Din
8. En Othman bin Mahmud
9. En. Usman bin Bakar
10. En. Pa bin Ismail
11. En. Azizan bin Mohd Noor
12. Haji Mahadi bin Abdullah
13. En Wan Jusuh bin Wan Mat
14. En. Hafizal bin Che Noh
15. Hajjah Sepiah binti Din
16. Hajjah Che Ah binti Man
SENARAI PEMERIKSA KIRA – KIRA MASJID PADANG SIDING
1. En. Muhd Nor bin Haji Ismail
2. En. Zakaria bin Abdul Rahman
SENARAI IMAM DAN BILAL
Imam 1 : Haji Abdullah bin Jusuh
Imam 2 : Haji Bustami bin Nordin
Imam 3 : Haji Don bin Ismail
Bilal 1 : En Hassan bin Bakar
Siak 1 : Haji Hashim bin Yaakob
Tugas am : Haji Umar @ Man Musa
JAWATANKUASA KARIAH MASJID PADANG SIDING
Pengerusi : Haji Abdullah bin Choh @ Jusoh
Timbalan pengerusi : Haji Kasim bin Jamin
Setiausaha : Haji Abu Bakar bin Haji Endut
Penolong setiausaha : Haji Mohd Tareh bin Jaafar
Bendahari 1 : Haji Wan Kamardin bin Haji Wan Ahmad
Bendahari 2 : Haji Bustami bin Nordin
PERANAN MASJID
Setiap masjid mempunyai fungsi yang hampir sama. Sebagaimana yang kita semua ketahui fungsi utama masjid iaitu dari aspek keagamaan ialah menjadi tempat menunaikan ibadat bagi masyarakat Islam.. Selain itu, jika dilihat dari aspek sosial pula masjid di kampung saya menjadi tempat pertemuan penduduk kampung. Hal ini kerana masjid Padang Sidng terletak di tengah- tengah kampung. Hal ini memudahkan penduduk kampung dari segenap penjuru untuk datang ke masjid.
Dari segi pendidikan kepada masyarakat, masjid di kampung saya banyak mengadakan program-progarm ilmu seperti mengadakan kelas agama pada setiap hari jumaat. Dalam kelas agama tersebut, ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah diberi penekanan khusus untuk diajarkan kepada penduduk kampung seperti kursus pengurusan jenazah, kursus haji dan sebagainya. Selain itu, masjid juga berperanan sebagai tempat untuk memberikan bantuan. Perkara ini dapat dilihat apabila setiap kali menjelangnya bulan ramadhan pada setiap tahun, masjid akan dijadikan tempat untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan yang kurang berkemampuan, golongan kurang upaya, warga emas dan juga anak yatim.
AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID
Setiap masjid mempunyai agenda atau aktivitinya yang tersendiri yang dirancang oleh penduduk kampung bagi memperkuatkan lagi fungsi sesebuah masjid tersebut. Pada setiap hujung minggu, aktiviti gotong- royong diadakan di masjid di kampung saya. Aktiviti bergotong- royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan perkarangan masjid dan kawasan sekitarnya. Selain itu, aktiviti bersukan atau beriadah juga turut diadakan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, jalinan hubungan persaudaraan sesama Islam bagi penduduk kampung Padang Siding dapat dieratkan di samping dapat memperindah kawasan masjid tersebut supaya dapat memberi keselesaan kepada setiap pengunjungnya.
Antara aktiviti lain yang dijalankan di masjid ini ialah kuliah agama yang diajar oleh seorang ustaz yang juga merupakan bapa mertua kepada salah seorang penduduk kampung ini. Cara penyampaian ceramah agama tersebut sangat menarik. Secara tidak langsung, ianya dapat menarik minat warga kampung tanpa mengira usia untuk menghadiri ceramah tersebut. Di samping ceramah agama, majlis- majlis ilmu juga turut diadakan. Tabung derma untuk anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan juga ada disediakan di ruangan solat jemaah lelaki. Tabung ini secara tidak langsung dapat dimanfaatkan untuk kegunaan insan yang memerlukan dan juga dapat memupuk sikap suka menderma dalam kalangan penduduk di sini.
Pada bulan Ramadhan, aktviti bertadarus beramai-ramai khususnya untuk golongan ibu dijalankan pada setiap tahun. Aktiviti bertadarus ini dijalankan pada waktu pagi pada setiap hari. Selain itu, majlis berbuka puasa juga turut diadakan. Majlis berbuka puasa ini diadakan pada setiap tahun. Hasil sumbangan ikhlas penduduk kampung akan dijadikan sebagai kos untuk mengadakan majlis berbuka puasa ini. Kebiasaannya, majlis ini diadakan pada penghujung bulan Ramadhan. Hal ini kerana pada waktu tersebut kebanyakan warga kampung yang belajar atau bekerja di perantauan akan pulang ke kampung halaman. Secara tidak langsung, semua penduduk kampung akan berkumpul dan dapat bertanya khabar sesama mereka.
Seterusnya, pada bulan Syawal pula, diadakan aktiviti majis berbuka puasa bersama pemimpin tempatan. Majlis ini juga turut diserikan dengan ceramah agama oleh ustaz-ustaz yang diundang khas serta majlis penyampaian duit raya kepada golongan yang memerlukan.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI MASJID
Antara kemudahan yang disediakan di masjid Padang Siding ialah kemudahan tandas bagi lelaki dan perempuan yang bersih, tempat untuk berwudhuk yang selesa, kipas, lampu,jam, pembesar suara, kitab suci Al-Quran, dan juga petunjuk waktu masuknya solat fardhu. Kemudahan- kemudahan ini, petunjuk waktu masuknya solat fardhu khususnya, dapat memberikan manfaat kepada pengunjungnya. Selain itu, dengan adanya kemudahan ini, penduduk kampung ataupun pengunjung yang menggunakan masjid ini dapat menggunakannya dengan selesa.
Selain itu, kemudahan kepada jemaah wanita turut diberi perhatian.Temapat mengambil wudhuk yang tertutup dan kemudahan telekung turut disediakan. Garaj tempat meletak kenderaan juga ada di masjid Padang Siding. Ini memudahkan pengguna masjid untuk meletak kenderaan. Dengan adanya kemudahan- kemudahan ini penduduk kampung tidak lagi perlu bersusah payah mencari segala kelengkapan kerana pihak masjid telah menyediakannya untuk kegunaan orang ramai
Di samping itu, van jenazah, tempat memandikan jenazah dan keranda juga ada disediakan. Hal ini dapat meringankan beban ahli keluarga si mati untuk menguruskan urusan pengebumian ahli keluarga mereka terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah.
KEDUDUKAN MASJID
Kedudukan masjid kampung saya sangat strategik. Hal ini sedemikian kerana masjid di kampung saya berada berhampiran dengan jalan utama, berdekatan dengan kedai runcit dan dikelilingi oleh perpustakaan desa, tadika dan taman permainan kanak- kanak. Selain itu, terdapat papan tanda untuk ke masjid Padang Siding di jalan raya utama. Hal ini dapat memudahkan pengunjung ataupun musafir untuk berhenti sama ada untuk bersolat ataupun berehat sebelum meneruskan perjalanan. Oleh itu, kedudukan masjid Padang Siding yang berada di tengah-tengah kampung, telah memudahkan penduduk untuk datang ke masjid untuk menunaikan ibadah wajib mahupun ibadah sunat.
LANDSKAP DI SEKITAR MASJID
Masjid di kampung saya dikelilingi oleh tumbuhan menghijau dan suasana kawasan kampung. Oleh itu, landskap di sekitar masjid Padang Siding sangat indah untuk dipandang.
MASALAH DAN PENYELESAIAN
Dalam sesuatu organisasi tidak kiralah sama ada organisasi kecil ataupun organisasi besar pasti terdapat masalah sama ada masalah besar mahupun masalah kecil. Masjid Padang Siding turut mengalami masalah serupa . Masalah yang dialami oleh masjid di kampung saya ialah masalah kewangan dan masalah kekurangan jemaah untuk solat fardhu. Masalah ini merupakan masalah yang biasanya akan dihadapi oleh kebanyakan masjid. Bagi mengatasi masalah tersebut, cadangan supaya pihak masjid menjalankan aktiviti mengumpul derma dalam kalangan penduduk kampung telah diajukan oleh pihak yang terlibat. Manakala bagi mengatasi masalah kekurangan jemaah, pihak masjid seharusnya mengadakan aktiviti yang menarik dan bermanfaat selepas setiap solat fardhu berjemaah. Hal ini pastinya dapat menarik minat golongan muda untuk solat berjemaah di masjid serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penduduk kampung.
Di samping itu, ruangan tempat letak kereta yang terhad dan ruangan solat bagi jemaah lelaki dan jemaah wanita yang sempit turut menjadi kekangan. Untuk menyelesaikan masalah ini, ruangan tempat letak kereta haruslah ditambah dan saiz masjid juga perlulah diperbesar untuk menampung kunjungan jemaah ke masjid ini terutamanya bagi menunaikan solat sunat Tarawih dan juga solat sunat Hari Raya.
HARAPAN
Setelah mengkaji dan meneliti sejarah masjid di kampung saya, saya berharap supaya masjid di kampung saya akan diperbesar lagi supaya lebih ramai jemaah dapat dimuatkan dalam satu- satu masa. Selain itu, saya berharap agar lebih ramai penduduk mendapat kesedaran mengenai kelebihan solat berjemaah di masjid. Di samping itu, ahli jawatankuasa masjid digesa supaya berbincang antara satu sama lain untuk mengadakan aktiviti- aktiviti yang menarik agar dapat memancing minat penduduk kampung untuk solat berjemaah di masjid terutamanya generasi muda. Saya juga berharap agar ruangan tempat letak kereta di masjid Padang Siding dapat ditambah untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengunjungnya.
PENUTUP
Setelah meneliti secara keseluruhan sejarah dan fungsi tentang masjid di kampung saya, dapat disimpulkan bahawa setiap masjid mempunyai pelbagai fungsi yang kian dilupai oleh masyarakat pada zaman kini. Namun pelbagai pendedahan maksima telah dilakukan oleh pihak yang berwajib.Hal ini telah memberi kesedaran kepada umum mengenai peri pentingnya peranan sesebuah masjid seperti pada zaman Rasulullah S.A.W. dahulu. Antara kepentingan masjid yang dapat kita lihat pada hari ini ialah masjid dapt dijadikan sebagai pusat ilmu dari aspek agama, medan pertemuan sosial masyarakat kampung , dan sebagainya.
Selain itu, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk keselesaan penduduk kampung. Antaranya ialah tandas, tempat berwudhuk, ruangan solat,kipas, lampu, dan sebagainya. Dengan adanya segala kemudahan ini penduduk kampung dapat menggunakan masjid dengan selesa. Oleh yang demikian marilah kita sama- sama mengimarahkan masjid untuk kepentingan kita bersama.
RUJUKAN
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid2.Haji Abdullah bin Jusuh,Imam 1 Masjid Padang Siding, Perlis
3.Haji Ahmad bin Yaakob
4.Hajjah Halimah binti Abu Seman